top of page

Homestay Kampung Rawa telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan terletak di Kampung Rawa Hulu Lenggeng, Negeri Sembilan. Perjalanan ke Homestay Rawa ini mengambil masa selama 45 minit dari Kuala Lumpur. Homestay Rawa ini dinamakan sebagai As Equestrian yang kini amat tersohor di seluruh dunia. Puan Saadiah Othman selaku pengerusi Homestay Rawa mengatakan bahawa faktor penubuhan Homestay Rawa  adalah permintaan ramai terhadap penubuhan homestay di kawasan tersebut. Penubuhan homestay ini telah berdiri kukuh selama tiga tahun dengan sambutan pengunjung yang amat menggalakkan. Setakat ini, sebanyak 17 rumah telah menyertai dalam program Homestay Rawa ini antaranya ialah Masar Homestay, Cik Mana dan Tok Anggut Homestay, dan lain-lain. 

 

               Di AS Equestrian Centre terdapat kemudahan stable kuda, arena bersaiz standard, trek untuk jungle tracking dan padang rumput untuk aktiviti menunggang kuda. Aktiviti menunggang kuda dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman dalam pengendalian kuda dan latihan untuk menunggang kuda Encik Azuan anak kepada Puan Saadiah Othman. Seterusnya, homestay ini juga terkenal dengan tarian joget lambak dan piring dari segi persembahan sekaligus menyediakan pelbagai aktiviti pelancongan ekologi, pendidikan , dan pertanian Homestay Rawa.

 

               Pada tahun 2011, As Equestrian telah diberi peluang untuk membuat pameran di Pameran Pelancongan Negeri Sembilan anjuran Perbadanan Pelancongan Negeri Sembilan (Tourism Malaysia). Penglibatan pameran tersebut adalah terdiri daripada semua agensi kerajaan, NGO, swasta, Persatuan Hotel, dan Pengusaha Homestay yang terlibat di dalam industri pelancongan di Negeri Sembilan. Encik Hishamuddin bin Mustafa selaku Pengerah Tourism Malaysia-Negeri Sembilan telah memberi kepercayaan bahawa sukan berkuda kelolaan As Equestrian menjadi satu produk baru dalam industri pelancongan yang akan menggalakkan penubuhan Homestay Kampung Sungai Rawa, Lenggeng.

 

               Selain itu, Memorandum Persefahaman As Equestrian Dengan Vaterina Negeri Sembilan juga telah berlangsung pada 24 Februari 2011 di Jabatan Veterina Negeri Sembilan, Pantai, Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu, As Equestrian telah mendapat tawaran pengendalian pusat latihan berkuda di Veterina NS (Pantai) hasil daripada lawatan pengarah ke As Equestrian dan mempercayai bahawa As Equestrian mempunyai kemampuan untuk membangunkan pusat latihan berkuda di pantai.

 

               Suasana di Homestay Kampung Rawa mampu menggamit pelbagai memori terindah kepada para pengunjung. Umum mengetahui bahawa Homestay Rawa merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi bagi mereka yang sukakan cabaran dan berminat dalam aktiviti lasak seperti menunggang kuda yang merupakan aktiviti tarikan paling utama bagi homestay ini. Selain tersohor dengan aktiviti menunggang kuda.

 

               Pelancong juga berpeluang mempelajari, dan merasai pengalaman sendiri adat dan budaya bagi penduduk setempat seperti tarian piring, joget lambak dan cak lempong. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang. Selain itu, cak lempong pula merupakan salah satu alat muzik tradisional atau dikenali sebagai muzik rakyat bagi masyarakat Minangkabau di Kampung Rawa. “Cak” bermaksud bunyi paluan gendang, manakala “lempong” bermaksud bunyi paluan boning. Dengan ini, homestay Rawa telah mendapat sambutan yang mengagumkan daripada pengunjung dari luar dan dalam negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
bottom of page