HOMESTAY KG. RAWA

KEBUDAYAAN
December 08, 2015
Pada malam kebudayaan, pelbagai persembahan yang menarik telah dipersembahkan. Antara persembahan tersebut adalah seperti tarian piring, tarian Minangkabau dan nyayian yang dipersembahkan oleh penduduk kampung rawa itu sendiri. Selain itu, pelancong juga turut berpeluang untuk membuat persembahan. Antara persembahan yang di persembahkan oleh pelancong adalah silat dan tarian.

KRAFTANGAN
December 08, 2015
Segmen kraftangan, pengkaji telah didedahkan dengan pembuatan bakul dengan menggunakan rotan dan cara untuk menghias tudung saji. Bagi menghasilkan kraftangan, rotan perlu direndam selama beberapa minit untuk melembutkannya agar tidak patah semasa proses membuat bakul. Beberapa barang perlu disediakan seperti tukul kecil bagi kekemasan atau sentuhan terakhir bakul. Pengkaji turut berkesempatan untuk mencuba sendiri menghasilkan bakul tersebut.

AKTIVITI MEMASAK
December 08, 2015
Segmen demo memasak memperkenalkan masakan ayam masak lemak cili api dan cekodok udang yang merupakan masakan terkenal di Negeri Sembilan. Pengkaji didedahkan dengan cara-cara memasaknya dengan baik dan lazat. Pengkaji yang rata-ratanya tergolong daripada kalangan perempuan amat berpuas hati dengan penyediaan yang ditunjukkan sekaligus dapat menambah ilmu pengetahuan tentang masakan.