top of page

HOMESTAY KG. RAWA
Memori Terindah
di
Homestay Kampung Rawa
Nyanyian Serambi - Ramli Sarip
00:00 / 00:00
KATA-KATA ALUAN DAN UCAPAN SELAMAT DATANG
Selamat datang ke Website Memori Terindah di Kampung Rawa. Di sini kami menjanjikan pengalaman yang tidak pernah anda alami kerana setiap aktiviti yang dijalankan di Homestay Kampung Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan mendedahkan aktiviti pelacongan ekologi, pendidikan dan pertanian kepada para pengunjung. Dengan ini para pelancong dapat menikmati keindahan desa yang kaya dengan khazanah alam semulajadi serta aktiviti kebudayaan tradisional setempat.
Saya amat berpuas hati kerana di AS Equestrian Centre terdapat kemudahan stable kuda, arena bersaiz standard, track untuk jungle tracking dan padang rumput untuk aktiviti menunggang kuda. Aktiviti ini juga dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman iaitu Encik Azuan. Menunggang kuda adalah pengalaman yang paling menyeronokkan dan inilah kali pertama saya berpeluang menunggang kuda. Saya sangat teruja!
---- Noraliza ----
Saya memperolehi satu pengalaman yang cukup menarik dan seronok sekali apabila saya berpeluang untuk mencuba sendiri menghasilkan kraftangan. Pengalaman ini tidak akan dapat saya lupakan sama sekali.
----Anis Sahira----
Sebagai seorang pengunjung homestay saya berasa amat teruja melihat keindahan dan kedamaian yang ada di kampung Rawa. Sepanjang dua hari satu malam di sana saya merasakan tempoh yang begitu singkat dengan pengisian program yang begitu padat lagi menarik. Saya berharap agar program sebegitu dijalankan secara berterusan tanpa mengabaikan konsep utama homestay iaitu pelancong menyertai aktiviti harian penduduk setempat.
----Aidil Ameen----
Berdasarkan pemerhatian saya selama dua hari satu malam Homestay Kampung Rawa. Saya amat berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung. Layanan yang diberikan amat mesra disamping kami disediakan program-program yang bermanfaat. dari segi kemudahan saya berasa bahawa kemudahan asas seperti bilik tidur, ruang tamu dan tandas amat baik. bilik tidur disediakan penghawa diingin. Rumah tersebut juga mempunyai kemudahan wifi. saya juga berpeluang menunggang kuda yang merupakan salah satu aktiviti disediakan oleh Puan Saadiah kepada pengunjung Homestay AS Equestrian.
----Mohd Amirul Azri----
Selepas program homestay untuk kursus Pembangunan Produk Pelancongan, saya salah seorang peserta yang melawati Homestay Kampung Rawa dan bertemu dengan tetamu dari Jepun. Walaupun mereka menghadapi beberapa kesusahan seperti ketiadaan air panas, namun begitu mereka menikmati budaya, makanan dan lain-lain di sana dengan seronoknya. Saya juga mendapat pengalaman yang baik di sana.
----Yuka Takebuchi----
Testimoni
bottom of page