HOMESTAY KG. RAWA

HUTAN LIPUR LENGGENG
December 08, 2015
Pengkaji dibawa ke Hutan Lipur Lenggeng untuk merasai keindahan air terjun di kawasan itu. Pemandangan yang sangat indah dan sesuai untuk aktiviti berkhemah bersama keluarga dan berekreasi. Ketenangan jiwa dapat dirasai dengan keindahan air terjun yang bersih dan jernih. Pengkaji juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenangan di Hutan Lipur Lenggeng.

KUDA
December 08, 2015
Menunggang kuda adalah pengalaman yang paling menyeronokkan bagi mereka yang sukakan cabaran. Pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman menunggang kuda di pusat ekuin Induk Homestay Rawa. Bayaran persendirian aktiviti berkuda ini dikenakan sebanyak RM10 setiap seorang. Sukan berkuda kelolaan AS Equestrian yang dimiliki AS Resources Services Sdn Bhd menjadi satu produk baru dalam industri pelancongan di Negeri Sembilan.

December 08, 2015
Para pengkaji telah disediakan sebanyak dua buah kereta untuk ke Bukit Broga dan Hutan Lipur Lenggeng dan mengambil masa selama 30 minit tempoh perjalanan ke lokasi tersebut dari Homestay Induk Rawa. Kekangan masa yang terhad menyebabkan pengkaji tidak berkesempatan untuk mendaki Bukit Broga. Namun begitu, pengkaji turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa keping gambar sekaligus merasai keindahan alam semula jadi ketika berada di kaki Bukit Broga.

SUKAN TRADISIONAL
December 08, 2015
Aktiviti sukan tradisi seperti boling kampung dan tarik tali telah dijalankan. Kesemua pengkaji telah mengambil bahagian dalam aktiviti sukan tambahan seperti aktiviti tarik tali. Pengkaji yang terdiri daripada golongan perempuan telah bermain galah panjang. Sorokan yang gemuruh telah meriuhkan homestay dengan gelak tawa pengkaji yang amat terhibur dengan kesemua aktiviti sukan yang dijalankan.

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
December 08, 2015
Aktiviti perkampungan orang asli disambut dengan meriah sekali di Kampung Orang Asli Lumut, Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan. Tarian tradisional orang asli telah dipersembahkan dengan meriah dan santai. Penduduk orang asli juga memberi tunjuk ajar akan pembuatan anyaman dendang kepada para pengkaji. Beramah mesra bersama penduduk orang asli menggamit memori terindah terhadap pengkaji.