HOMESTAY KG. RAWA

PERTANIAN
Segmen pertanian, pengkaji telah dibawa ke ladang buah-buahan yang diusahakan oleh Abang Don yang merupakan bekas seorang guru besar di sebuah sekolah. Kawasan ladang yang dimiliki luas sekitar 14 hektar. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang telah ditanam oleh Abang Don seperti durian belanda, jambu batu, kedondong, nangka, nenas, dan pisang.

PENTERNAKAN
Segmen ternakan disertai seramai 16 orang peserta. Kawasan perternakan tersebut hanya terletak berhampiran dengan kawasan homestay Induk Rawa. Terdapat pelbagai jenis ternakan seperti angsa, ayam, burung puyuh, ikan keli, kambing, kambing biri-biri, dan lembu. Pengkaji turut diberi sedikit penerangan mengenai ternakan yang terdapat di kawasan tersebut dan berpeluang mengambil gambar ternakan tersebut.